Thursday, 19 April 2012

di manakah tahap IMAN kita ?

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....
panjatkan lah rasa syukur kita pada Yang Maha Esa....
yang telah memberi kita pelbagai nikmat di dalam kehidupan ini.....

Allahuakbar...
sifat iman manusia adalah turun naik,...
adakala iman kita di atas dan adakala iman kita di bawah.......
maka kita renungkanlah wahai sahabat dan diri ini,dimanakah tahap iman kita,....
iman umat akhir zaman adalah sangat nipis seperti buih di lautan.


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

lirik lagu RAPUH nyanyian OPICK sgt menyentuh perasaan ku..
aku merasakan sebenarnya di tahap manakah IMAN aku berada..?
di tahap manakhah aku meletakan YG ESA dalam diriku..?
takut apabila malaikat izrail datang mnjemput nyawa ini,
padahal pada masa aku masih alpa dan leka dalam kehidupan dunia ini..
bagaimana harus aku lakukan sebelum semuanya terlambat bagiku..

dapat kita lihat umat2 islam sendiri kini yang menjauhkan diri daripada nikmat ALLAH..
bagaimana KAFIR LAKNAT mengadakan propaganda yang cukup hebat,
untuk memusnahkan anak2 islam dan merosakkan mereka hanya dengan satu impak yang besar..
bagaimana dengan mudahnya IMAN anak2 islam dirobek begitu sahaja,
tanpa ada pendinding yang sangat kuat dan utuh....

IMAN
merupakan satu nikmat yang cukup sukar di dapati namun amat mudah untuk di lepasi..
manusia sangat mudah lupanya,iman juga kadang2 kurang dan kadang2 meningkat...
semoga IMAN sentiasa menghiasi diriku dan umat Islam sekalian..
semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan rahmatNYA.
insyaALLAH .. !!!


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan merekabertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah;

Monday, 30 January 2012

buat sahabat yang paling aq rindu....

nadira and pak cik saudaranyerr.....

 ni larh SAHABAT BAIK ku yg paling aq rindu sgt2....
kami da lame berkawan sejak dr skola rendah..cantik kan diyer?
namenyer
NUR NADIRA bt SUHAIMI...
tarikh lahir 7.jan.1994...
anak sul0ng gak...cam aq...
dy nie bkas pkp skola rendah aq...
s0 s0rry kalau x blek kuantan 0r balek tp x smpt jmpe...
uma dier dkat dgn uma nenek aq kat kuantan...
aq an d0k uma nenek aq dulu , pastu baru melepak kat asrama 'merantau'...
kalau balik uma nenek,aq selalu r0und2 naek m0t0 bawak dier niyh...
kdg2 g pantai,almaklumlah pantai belakang ua jer...kdg2 g uma kwn kite owg yg sorg lg...
kalau tgh m0od jahat tyme uh bawak laju2....hahaha
she is the best student and daugther t0 me...
nadira ni mmg pandai orgnyer...dy amik course bi0L0gy...

nadira and kwn nyer at skola....

org nyer baik + memahami...
terlalu rindu nk berjumpe dy.....mmg lar org kate mcg je lar,x pon call..
kdg2 aq malu sbb aq x selalu contact dy...
i misS her s0 much...
nnt ad rezki balik kuantan aq nak habiskan mase aq dgn dy....
kiteowg penah lepak at bndr kuantan tgok wayang,berkaroke,buat bnde giler....
last hang 0ut p0n tg0k citer TWILIGHT SAGA...
gurls only k!...hahaha
tp tu sume da lame sgt...lbih kurg 3-4 thn da x hang 0ut samer2.....
dy bnyk t0long aq...she is understanding friends....

Apa yang kita alami demi sahabat kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering menyebabkan beberapa dugaan,
tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi dugaan itu bahkan bersama kerananya.

pesanan aq untuk dier... :)
aq sayang kan k0 sgt2 tau...jgn sedyh klau bce niyh...
aq rindukan k0 tu yg aq p0st pasal k0...
maafkan aq sbb x dpt jumpe k0...
friendship kiter x pernah ends smpi biler2 k...
any pr0blem share with me k ...!

with <3,
ur friend...
nabila farhana.....



Tuesday, 24 January 2012

BIODATA RASULULLAH SAW· ...


BIODATA RASULULLAH SAW· ...

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN·
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).·
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN·Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Thursday, 19 January 2012

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.



2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.



4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday, 17 January 2012

ketika diri ini di uji dari YANG MAHA ESA.....

dan ketika aq di uji dgn pelbagai dugaan keimanan ketika ini,..
hati ku sgt lemah dan tidak kuat untuk berdiri di bumi ALLAH ini lg..
lantas ALLAH memberikan aq petunjukNya di dalam
Al-quran iaitu SURAH AL_BAQARAH ayat 155-156...
yg bermaksud :

"DAN KAMI PASTI AKAN MENGUJI KAMU DGN
SEDIKIT KETAKUTAN,KELAPARAN,KEKURANGAN HARTA,
JIWA DAN BUAH-BUAHAN,
DAN SAMPAIKANLAH KHABAR GEMBIRA BG ORG2 YG SABAR",(155)
"IAITU ORG YG APABILA DITIMPA MUSIBAH,
MEREKA MENYEBUT INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN
(sesungguhnya kami milik ALLAH dan kpdNya kami kembali)"(156)

aq sgt2 lemah sebenarnya , bukan seperti sangkaan rakan2 ku ....
aargghhh...seharian aq menangis sepuas-puasnya....
smpi pergi keje dlm keadaan mata yg bengkak...
setiap saat setiap detik yg berlalu aq merasakan sungguh lambat....
lambat sgt untk aq menempuh segalanya....

aq merasakan bahawa aq tidak mempunyai sesiapa lg di dunia ini....
kesedihan + kelemahan yg amat sgt....
smpi aq sendiri terpikir untk bertindak di luar dugaan....
tanggungjawab yg aq pikul terase amat berat skali....
ape yg abg dgn alin kate tuh benar...
Allah x kan uji seseorg klau die x mampu.....
aq pun mengetahuinya sbnrnya....

semalam,..
aq menangis yg teramat sgt di sejadah ku,
ketika tiap kali masuknya waktu solat aq akn menangis,
berlinangan air mata memohon ampun drpd YG ESA...
jiwaku rapuh dan lembut yg teramat....
yg sbnrnya aq merasakan sesuatu,..
apabila kedengaran suara seseorg mengaji,
aq juga akan menangis sperti aq memahami mksd ayat AL-QURAN tersebut....
hatiku amat tersentuh...
aq merasakan diri aq amat hina sekali di hadapan YG MAHA KUASA...

‎'YA ALLAH,
kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaan besar dariMu,
bimbinglah aku ke jalanMu,
berikanlah aku kesabaran dan janganlah Engkau palingkan aku drpd hidayahMu'
amiin...









Wednesday, 4 January 2012

teringat at SEPTECHS

assalamualaikum... :)
disebabkan arini first day ak melepak sini untk thn 2012..
nk citer sal dak2 kelas ak tyme aq f5...
kelas aq niyh kelas yg 
famous + havoc + giler2...
kitowg niyh sumer bdk2
CIVIL ENGINEERING...!
mule2 kne perkenalkan ibu kitowg kat 5KA2
yg selalu pening kpale sbb rsau pasal kitowg...
beliau sgt caring pasal kitowg..
THNX CIKGU!
PN HANIS BT MOHAMED
klas kitowg akn bising + kecoh 
especially bile ade dak2 niyh...
are10-jijie-bella-ayu

bile x de dowg niyh...kelas confirm sunyi...
ad lg 2-3 org kaki bising dlm kelas...
dak laki lak yg kaki bising niyh..
adli-haziq
are10-eizaz

ade lg yg bising2...tp bnyk sgt nk tulis...
bez 1 kelas dgn dowg niy...
dowg uh baek..
tp yg plg aku suke dowg niy 
THEY WILL PROTECT EACH OTHER..!
especially klau ad SPOTCHECK... hahaha

dgn aq yg ad jwtn ni pon terpakse wat bodo jer ... :)
nk tmbh citer lg niyh...
bdk2 klas aq niyh sumer ad prangai sndiri..
aq pon...aq suke tido dlm klas...haha
wada suke nanges..
anis dgn adlin ske wat hal sndiri kat dpn..
yg kaki2 gossip
ayu,jijie,are10,bella j,...


yg slalu x masok biler org citer plak nisa..
klau ain ske blanje kitowg...
baik kan...
fatin nabila slalu dibuli beli brg sbb nyer die outsider..
biha plak ikut mo0d dier, :)
klau dy nk dgr gossip dy g dgr gossip
klau dy nk blaja dy blaja... haha
pasal dak laki aq malas nk citer pnjg sgt .... hehehe

ni larh keje kitowg afte laz paper SPM...
sweet kan ?
hahaha
anyway aq nk thnx kat korg sume sbb sudi kwn dgn ak..
bnyk pengalaman bile satu klas dgn dowg...
sedih,gembire sumer ader...
tak rugi kenal dowg..
aq mnx maaf kalu ad wat korng terase yer...
halalkan segalanyer... :)
diowg niyh sumer
TERBAIK !!!

anis,wada,alin,faris,mizan,fazwan
ayu,jijie,ain,adli,shazrill,harith,
bill,are10,nisa,eizaz,akip,haziq,
fatin nabila,bella j,biha,(aq)..

sweet memories in SEPTECHS
-5KA2 2011-


MyKori Dessert Cafe Review

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ And hello everyone. Today i would like to share with you guys this awesome dessert cafe known as MyKori Desse...